Wednesday 15 June 2011

Allah S.W.T

•*¨`*•.¸♥(¯`•.¸ CHINTA SAMPAI SYURGA ¸ .•´¯)♥¸.•´*¨`*•

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
...╚══`.¸..─────────█─█──────
──────████──█──█─█──────
──────█──█──█──█─█──────
──────████──█──█─█──────
─────────███████─█──────

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★





.•**•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* .•'´) ¸.•'´) .•**•.

─────────────█─█
────████──█──█─█
────█──█──█──█─█
────████──█──█─█
───────███████─█

█───█──███───█──█
█───█─█───█──█──█
─███──█───█──█──█
──█───█───█──█──█
──█────███────██

─███──████──████
█───█─█───█─█
█████─████──████
█───█─█───█─█
█───█─█───█─████

█───█─████─████──█───█
█───█─█────█───█─█───█
█───█─████─████───███
─█─█──█────█───█───█
──█───████─█───█───█

████─████─████─████─█──███──█
█────█──█─█────█──█─█─█───█─█
████─████─████─█────█─█████─█
───█─█────█────█──█─█─█───█─█
████─█────████─████─█─█───█─████

█████──███
──█───█───█
──█───█───█
──█───█───█
──█────███

███─███─████──█
█──█──█─█─────█
█──█──█─████──█
█──█──█─█
█──█──█─████──█

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★




.•**•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* .•'´) ¸.•'´) .•**•.


˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman" (Ali-Imran:139)˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Wednesday 18 May 2011

epi teachers day

rasenya belom terlambat untuk aku ucap epi teachers day pad sume guru2 yang pernanh ngajor aku n yang ada di dunia ni...aku sayang sume guru aku...walau aku tahu x semua cikgusuka aku.hahahaha yela, mane nak sayang kalo dah monteng jer keja aku dulu an....
maap yer cikgu2 ku sayang..bukan x mo masuk kelas tp kleas yang x mo sya msuk dalam dia.hahahahah....
aku ingt lg sambutan hari guru kat sekolah aku...masa tu aku form five..kemain lg meriah.kalah rombongan cik kiah p minang anak dolah sendul. sume pelajar diberi peluang tuk samapaikan ucapan melalui dj..masa tu rasa nk terajang jer sape2 yang bg ucapan i love kat pakwe mawe...dh name ari guru yang kowang bg ucapa kat couple kowang pesal....tggu valentine day la...tu pon kalo kat sekolah korang sambut ler..hahahaha...........
the moral of the stori is...aku sayang cikgu2 aku..
cikgu..seandainya aku pernah menyakitimu, mengasarimu, melukaimu, maafkan ank didik mu ini...halalkan segala ilmu yang telah kau curah padaku....
selamat hari guru

Sunday 8 May 2011

ibu...

ibu
wajahmu bersih
walau dilitupi kedut seribu
namun terpancar sinar kasih
yang menerangi jiwaku.
ibu
jasamu
takkan bisa ku balas walau ku tabur selautan intan dikakimu
takkan bisa ku bayar walau ku mandikanmu dengan permata
takkan bisa ku balas walau aku tebarkan segunung emas

aku bersyukur memiliki ibu sebaikmu
engkaulah ibu yang melahirkan aku
yang memberi aku kesempatan untuk hidup.
terima kasih ibu.
hanya doa yang aku mampu hadiakan buatmu
ibu tersayang........

ikhlas dari anakmu
Ayu Mustika
2011


makkkk
ayu sayang makkkkkkkkkkk....


Wednesday 4 May 2011

hati yang terluka


Saban waktu aku merindu dia sang suami
Entah apa khabar dia di saat ini?
Apakah dia juga merindui aku ,isterinya?
Seringkali hati tertanya-tanya mengapa semua ini terjadi pada aku?
Mengapa ini semua terjadi????????????????????????????????????????

Perit yang ku rasa hanya Yang Esa Maha Mengerti
Tiada siapa peduli
Apa mahuku
Apa inginku
Apa kata hatiku
Apa yang tersirat di jiwaku
Hanya aku yang tahu
Tidak ada siapa yang lebih memahami aku selain diri sendiri

Berat hati untuk terus bertahan disini
Rasa terasing menjerut jiwa
Hingga aku kelemasan dalam kekeliruan
Pada siapa lagi harus aku meluah?
Pada siapa lagi harus aku mengadu?

Hati ini tidak tabah
Seringkali aku tewas dalam perasaan
Empangan kekuatan aku seringkali pecah di asak kuat oleh luka yang dalam
Hingga aku tersungkur di kaki derita
Tanpa punya daya untuk bangkit lagi
Namun kugagahi jua untuk menopang dagu memandang ke atas
Mengharap belas dari Sang Pencipta
Agar dipinjam sedikit ketenangan untukku hadapi
Cerita derita yang tiada penghujungnya ini.


Tinta Emas
Mustika 2011

Tuesday 3 May 2011

NILAI SEBUAH CINTA


            Di sebuah pulau yang indan nan permai tinggal lima sahabat. Mereka di gelar KEGEMBIRAAN, KESEDIHAN, KEKAYAAN, KECANTIKAN dan CINTA. Mereka hidup aman dan damai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama.
            Pada suatu hari ribut telah melanda pulau itu. Semua penghuni pulau itu kelam kabut menyelamatkan diri namun CINTA tidak dpat menyelamatkan diri kerana tidak mempunyai perahu.
            CINTA ternampak KEKAYAAN lalu dengan perahunya lalu dia memanggil.
            “KEKAYAAN, tolong aku, bawa aku bersamamu,”
            “maaf CINTA, perahuku sudah terlalu sarat dengan hartaku, seandainya aku membawamu bersama pasti karam perahu ini,” balas KEKAYAAN lalu beredar meninggalkan CINTA. Tidak lama kemudian lalu pula KECANTIKAN, sekali lagi CINTA memohon bantuan.
            “CINTA, kamu kotor dan berlumpur, pasti kamu akan mengotori perahuku,” KECANTIKAN segera berlalu. CINTA merasa bimbang dengan keselamatan dirinya dan mencari pertolongan. Dia ternampak KESEDIHAN lalu dia menjerit meminta tolong
            “Maaf CINTA aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian,”jawab KESEDIHAN. CINTA hanya mampu menangis. CINTA semakin panic air sudah mencecah pinggangnya. Lalu pula KEGEMBIRAAN dengan perahunya. Tanpa berlengah CINTA meminta bantuan namun KEGEMBIRAAN pekak tidak mendengar jeritan CINTA.
            CINTA berasa amat sedih kerana kawan-kawannya menolak untuk membantunya di saat dia perlukan pertolongan. Dia benar-benar kecewa lalu dia menjerit sekuat hati
            “apa akan jadi pada dunia ini tanpa aku, tanpa CINTA?’
Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua berjanggut putih dan memanggil CINTA. “ CINTA cepat naik ke perahuku,” CINTA memanjat perahu lelaki tua itu. Lelaki tua itu meninggalkan CINTA di sebuah pulau yang selamat. CINTA menanyakan pada penduduk pulau itu tentang lelaki tua itu.
            “itu lah WAKTU,” jawab penduduk pulau
            “kenapa WAKTU selamatkan aku disaat semua kawan-kawanku meninggalkan                          aku?”
            “kerana hanya WAKTU yang tahu nilai CINTA,”jawab penduduk itu lagi





Merpati Putih
musTIKa 2011

Sunday 1 May 2011

Selembut Hati Isteri


Hati,
Seringkali kau dilukai,
Seringkali kau berdarah walau tak dapat dilihat
Tapi engkau terlalu lembut,
Segala yang kau rasa,
Kau biar begitu saja
Tanpa secalit dendam
Hanya kerana kasih yang sarat
Segala derita sanggup kau lupai
Segala kesakitan sanggup kau buang

Hati,
Mengapa begitu senang
Kau biar dirimu dilukai?

Hati,
Cinta yang ada di dalammu
Begitu sarat
Kasih yang tumbuh di tamanmu
Begitu indah
Sayang yang terlakar di kanvasmu
Begitu syahdu
Hingga segalanya kau sanggup redahi

Hati,
Walau berat yang kau rasai
Walau pedih menusuk dirimu
Kau tetap membisu
Hanya berbicara dengan diri sendiri
Tanpa ada yang memahami
Tanpa ada yang mengerti
Akhirnya kau pasrah dengan ketentuan

Hati,
Kau begitu lemah
Hingga kau disakiti tanpa belas
Hingga parut kelukaan memenuhi wajahmu
Tapi kau begitu suci
Hingga sanggup memaafi segalanya
Walau dirimu yang merana

NUKILAN
Mustika
2011

Friday 29 April 2011

UtUsaN DaRi SanG PerIndU


 Dalam hati ada rindu
Dalam tangis ada sendu
Dalam senyum ada hiba
Dalam ketawa ada hampa

Ku pandang sepi keluar jendela
Mencari sekeping hati yang hilang
Hati ku sendiri terkadang tidak bisa ku tafsirkan
Seringkali hati bertingkah antara kasih dan dendam

Bukan sengaja untukku menyepi
Tanpa sebaris kata menjadi utusan
Pengubat rindu dikala sepi
Namun hati ini berat untuk terus berkata-kata
Lebih senang aku diam membisu
Tidak mahu lagi menangis meratapi nasib yang tidak pernah menyebelahiku

Kadangkala ku rasa kasih yang ada dalam hati kian luntur
Bukan kerana kasih sudah beralih arah
Namun dek sakitnya hati pabila diduakan cinta
Dek pedihnya belati kecurangan mengguris hati ini
Hingga hari-hari ku lalui tanpa sedikit keceriaan
Payah untuk ku terima bila diri dikhianati
Cinta yang ku beri namun racun berbisa yang ku terima sebagai balasan
Kasih yang ku semai namun lalang penipuan yang tumbuh melata
Setiap kali aku ingin melupakan segalanya
Pasti segala penghinaan dan kecurangan kembali terlayar di mataku
Terasa diri bagaikan sampah
Hina dan kotor
Dibuang tanpa rasa belas
Setelah ku korban segala demi sebuah mahligai yang bahagia
Inikah yang sepatutnya aku terima
Mana janjimu pada ayah dan bondaku?
Mana janjimu saat Ijab dan Kabul dilafaz?
Aku hanya mampu menangis dalam sendu
Tanpa ada yang mengerti

Aku tidak pinta pengertian sesiapa
Cukuplah sekadar pengertianmu wahai suamiku
Aku tidak pinta kasih sayang seseiapa
Cukuplah sekadar kasih sayang mu wahai suamiku
Apakah masih tidak cukup pengorbanan yang aku lakukan hingga kau tega duakan aku?
Apakah aku masih tidak layak menghuni kamar hatimu setelah setahun kita menjalin kasih?
Apakah semua yang aku lakukan masih tidak bisa memuaskan hatimu?
Dimana selayaknya aku?
Dimana sepatutnya aku berada?
Dimana maruah aku sebagai isteri?
Dimana kau letak aku sebagai teman hidupmu?
Seharusnyakah aku berada di telapak kakimu?
Untuk kau hina?
Untuk kau persendakan?

Selama ini aku hanya berdiam
Masih menahan sabar yang kian goyah
Aku tidak pasti kepada siapa harus aku mengadu
Kepada siapa harus aku meluah
Hanya Allah tempat aku bercerita

Bukan sekali aku dilukai
Bukan sekali aku dihina
Bukan sekali aku menitiskan air mata
Aku sudah penat hidup begini
Aku merayu padamu wahai suami
Janganlah kau seksa hatiku lagi
Jangan lah kau seksa jiwaku lagi


Tinta Emas
musTIka 2011

P/s ini cuma rekaan semata2. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang suda melawat padang masyar.........sekadar renungan dari minah jiwang alaf baru..................... :-) 

kowang tau kenapa pic ni sonsang dari title enty ni??? hahhaha sebab ni blog aku suke ati akulerrrr....................